Tentang Dirinya
1) Saya sentiasa mahu lebih - lebih daripada segala-galanya.
2) Jika saya dilahirkan hodoh, anda tidak akan pernah mendengar tentang Pelé.
3) Saya telah kehilangan banyak kawan pada usia yang sangat muda, namun mereka sering mengatakan saya tidak akan hidup sehingga umur 30, kemudian umur 40, kemudian umur 50. Dan saya masih lagi disini.
4) Itu apa yang budak-budak lakukan – melontar makanan. Itu bukannya berlawan.
Kami adalah lelaki sejati. Kami pasti akan membantai mereka.
(Pada Pertempuran Buffet antara Manchester United dan Arsenal)
Kami adalah lelaki sejati. Kami pasti akan membantai mereka.
(Pada Pertempuran Buffet antara Manchester United dan Arsenal)
5) Saya mendapati sukar untuk menonton diri saya bermain di TV kerana saya tidak dapat mengenal pasti siapa di skrin. Saya tidak dapat memahaminya. Seolah-olah ia berlaku kepada semua orang.
6) Saya sering impikan membawa bola melepasi penjaga gol, menghentikan bola di garisan dan kemudian meletakkan tangan di lutut dan menanduk bola ke dalam jaring. Bila saya menjaringkan gol menentang Benfica di Perlawanan akhir Piala Eropah 1968, saya hampir dapat melakukannya. Saya jauh meninggalkan penjaga gol tetapi saya ketakutan. Saya mungkin telah memberikan jurulatih serangan jantung!
7) Persaraan saya tidak kena mengena dengan wanita dan minuman keras, kemalangan kereta atau kes-kes mahkamah. Ianya bolasepak semata-mata. Kalah tiada dalam kamus hidup saya. Bila pemain yang hebat yang telah bersama saya – Charlton, Law, Crerand, Stiles – mengalami kemerosotan, United tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk membeli penganti yang terbaik. Saya ditinggalkan bergelut bersama pemain yang tidak selayaknya bermain bersama. Ia membuat saya rasa muak, dimana kami akhirnya hanyalah menjadi pasukan paling teruk di Divisyen Pertama.
Tentang Minuman Keras
12) Saya habiskan untuk minum selama 10 jam dan minum 40 liter – mengalahkan rekod terdahulu saya selama 20 minit.
13) Saya habiskan banyak duit untuk minuman keras, wanita dan kereta laju. Selebihnya saya sia-siakan saja.
14) Orang selalu berkata saya tidak seharusnya membakar lilin di kedua-dua hujungnya. Mungkin mereka tidak memiliki lilin yang cukup besar.
15) Kerana saya melihat satu iklan di bahagian tepi bas London menjemput saya untuk “Drink Canada Dry”
16) Saya berhenti minum, tapi hanya ketika saya tidur.
17) Adalah biasa bagi saya untuk menamatkan kerjaya yang panjang dan cemerlang disebabkan kerajaan merancang untuk membuka pub 24 jam sehari.
18) Saya mungkin pergi ke Alcoholics Anonymous, tetapi saya fikir ia akan menjadi sukar bagi saya untuk terus tanpa dikenali.
19) Saya sakit, dan semua orang dapat melihatnya kecuali saya.
Tentang Pemain Bolasepak
21) Dia sangat, sangat bertuah, seorang pemain yang sederhana yang hadir dalam kancah bolasepak ketika dunia bolasepak kekurangan pemain yang bermutu.
(Tentang Kevin Keegan)
22) Saya akan berikan semua Champagne yang telah saya minum untuk bermain bersama dia dalam perlawanan besar Eropah di Old Trafford.
(Tentang Eric Cantona)
23) Dia memakai jersi nombor 10. Saya fikir itu adalah posisi dia, tapi ternyata ia adalah tahap IQ dia.
(Tentang Paul Gascoigne)
24) Dia tidak boleh menyepak dengan kaki kirinya, dia tak boleh menanduk bola, dia tak boleh membentes dan tidak jaringkan banyak gol. Selain dari itu, dia ok saja.
(Tentang David Beckham)
0 comments:
Post a Comment