Saturday, July 12, 2014

Carlos Henrique Kaiser ~ Penipu Bolasepak Paling Hebat



Beliau adalah yang penipu paling besar dalam sejarah bola sepak. Menggunakan daya tarikan dan tipu muslihat sebagai senjatanya, beliau menipu kelab-kelab besar untuk memberinya kontrak. Namanya? Carlos Henrique Kaiser - lelaki Brazil yang "mahu menjadi pemain bolasepak tanpa bermain bolasepak."

Berjuta-juta kanak-kanak lelaki berkongsi impian untuk menjadi pemain bolasepak profesional. Kebanyakan mereka berputus-asa apabila mereka menyedari mereka kekurangan bakat yang diperlukan untuk berjaya. 

Carlos Henrique Kaiser tidak berputus-asa.

Seperti watak Leonardo DiCaprio dalam filem 'Catch Me If You Can', Kaiser menggunakan keupayaannya untuk membuat kawan, keberanian dan kepintarannya untuk mencapai sesuatu yang tidak dapat dibayangkan. Beliau membina kerjaya 20 tahunnya sebagai seorang penyerang - walaupun tidak pernah menjaringkan gol.

Dalam jejak langkah Romario dan Edmundo

Strategi Kaiser adalah mudah kerana ianya berkesan. Pada awal 80-an, beliau berkawan dengan beberapa pemain yang paling terkenal Brazil: Romario, Edmundo, Ricardo Rocha, Renato Gaucho, Branco - senarai ini berterusan. Setiap kali mereka menandatangani kontrak baru, mereka akan meyakinkan kelab mereka untuk memberikan Kaiser yang 'berbakat' kontrak percubaan tiga bulan. Sejurus selepas menandatangani perjanjian beliau, Kaiser akan mengaku bahawa beliau memerlukan beberapa minggu untuk cergas.

Jadi untuk bulan berikutnya, dia akan berlari mengelilingi padang di siang hari, dan kerap berada di suasana parti Rio di malam hari, bergantung pada statusnya sebagai pemain bolasepak profesional untuk menarik perhatian wanita.

Setelah bulan pertama berlalu, Kaiser akan membuat penampilannya di padang latihan. Sekarang bahagian kedua daripada rancangannya akan dijalankan. "Akan ada seseorang menghantarkan saya bola, dan saya akan menendangnya jauh", katanya dalam wawancara dengan Globo. "Kemudian saya akan memegang hamstring (paha belakang) saya dalam kesakitan dan menghabiskan 20 hari seterusnya di unit perubatan. Tiada mesin pengimbas MRI pada masa itu, jadi mereka terpaksa percaya pada saya. "

Wanita sebenar dan panggilan telefon palsu 

Semasa 'cedera' dia berusaha untuk menjadikan dirinya popular dengan rakan sepasukan. "Pada masa itu pemain tidak dibenarkan meninggalkan hotel sebelum perlawanan", Kaiser menyatakan. "Jadi beberapa hari sebelum mereka tiba di hotel, saya akan menyewa beberapa bilik dan mengupah wanita-wanita untuk tinggal di sana. Jadi kini apabila pemain tiba, mereka tidak perlu meninggalkan hotel untuk bertemu wanita. "


Kebanyakan jurulatih dan doktor hanya menganggap Kaiser bernasib malang. Tetapi beberapa individu dapat melihat belang sebenar beliau. Ketika di Botafogo pada awal 90-an, Kaiser sering membawa bersama telefon bimbit yang bersaiz besar. Dia menggunakanya untuk membuat perbualan telefon jarak jauh dalam Bahasa Inggeris dengan, nampaknya, kelab-kelab yang berminat daripada negara luar. Adalah mudah untuk menipu rakan sepasukan beliau , kerana tidak seorang pun daripada mereka bercakap dalam Bahasa Inggeris. Tetapi doktor pasukan memahaminya. Dia segera menyedari bahawa Bahasa Inggeris Kaiser tidak masuk akal. Suatu hari semasa si kelentong itu sedang mandi, doktor itu pergi memeriksa telefon Kaiser - dan mendapati ia adalah telefon mainan.


Selepas insiden tersebut, Kaiser hanya pindah ke kelab lain, di mana dia akan mengulangi formula kejayaannya. Selain Botafogo, beliau telah berkhidmat di beberapa kelab utama Brazil lainnya: Flamengo, Vasco, Palmeiras dan Fluminense, untuk menyatakan beberapa nama.

Memulakan Pergaduhan

Semasa di bawah kontrak untuk satu lagi kelab Brazil - Bangu - dan masih 'menumpukan pada kecergasan beliau', Kaiser berdepan kejutan tak di undang. Dia tersenarai dalam pasukan. "Jurulatih meyakinkan saya yang saya hanya akan duduk di bangku simpanan. Namun, pasukan itu sedang ketinggalan dan jurulatih tiba-tiba memberitahu saya untuk memanaskan badan. "Memasuki padang akan mendedahkan kekurangan kemampuannya. Dia terpaksa melakukan sesuatu. Segera.

"Saya menyedari bahawa peminat telah menghina pemain pasukan mereka sendiri. Jadi saya naik ke pagar dan melancarkan serangan mulut terhadap peminat. "Kaiser menerima kad merah. Presiden kelab Castor de Andrade marah dan menuntut penjelasan. Kaiser tahu apa yang hendak dikatakan. "Sebelum Tuan berkata apa-apa, dengar. Tuhan memberikan saya seorang bapa, yang telah meninggal dunia. Tetapi Tuhan telah  memberikan saya seorang lagi ", menunjuk ke arah De Adrade. "Dan saya tidak akan membenarkan sesiapa sahaja untuk mengatakan bapa saya adalah seorang pencuri. Tetapi peminat telah berkata perkara itu. Itulah sebabnya saya campur tangan. "De Andrade menganugerahkan Kaiser dengan sambungan enam bulan kontrak.

Cabaran Paling Besar beliau

Beberapa tahun kemudian, Kaiser mengharapkan faktor tuahnya untuk pergi lebih jauh lagi. Melihat bagaimana semua nama besar bintang bolasepak Brazil membuat perpindahan mereka ke Eropah, Kaiser memutuskan dia tidak boleh tinggal di belakang dan mengikat kontrak dengan kelab Perancis Gazelec Ajaccio. Di sana dia berdepan cabaran terbesar beliau semasa sesi latihan pertama. Ratusan peminat telah tiba untuk menyaksikan tanpa diragukan lagi skil menarik bintang Brazil baru mereka. 

Kaiser tidak ingin mengecewakan mereka, jadi menggunakan helah lamanya - rebah dalam kesakitan selepas sentuhan pertamanya ke atas bola - bukan satu pilihan. Sebaliknya, untuk mengembirakan peminat, dia mula menendang bola ke arah penonton. Dan terus melakukannya, sehingga tiada bola yang tinggal. Jurulatih tidak mempunyai pilihan lain selain melakukan 90 minit latihan fizikal, yang mana Kaiser benar-benar unggul. 

Akhirnya, dia tinggal beberapa tahun di Ajaccio, yang berada di Ligue 2 Perancis, berjaya membuat 20 penampilan sebagai pemain gantian singkat. Beliau akhirnya kembali ke Rio dan mengakhiri kerjaya cemerlang beliau, di mana penyerang imaginasi itu telah menjaringkan kosong gol.

0 comments:

Post a Comment