Saturday, July 5, 2014

25 Ungkapan Eric Cantona


Dengan kolar bajunya yang diluruskan, mendongakkan dagu dan dadanya ke atas, 
Eric Cantona sentiasa mencerminkan imej seorang lelaki yang memiliki keyakinan luarbiasa, 
tegas dalam menyusuri laluan beliau sendiri, kebal terhadap apa jua kesan 
halangan yang takdir cuba lintangkan dalam jalan beliau. Sir Alex Ferguson 
pernah mendedahkan bahawa Cantona sebenarnya bukanlah seorang lelaki
 yang memiliki keyakinan luarbiasa; beliau juga – sepertimana semua pemain bolasepak –
mendambakan pujian dan mahu diberitahu betapa istimewanya beliau.

Tapi Cantona tidak pernah menyembunyikan kelemahan beliau. 
Tanpa rasa malu menerima seadanya dirinya – 
termasuklah dengan segala kelemahan beliau –
yang membantu membuatkan beliau begitu menarik. 
Daya tarikan beliau terletak lebih daripada apa yang ditonjolkan imejnya – 
ia terletak dalam keupayaan beliau mengabungkan sifat agresif dengan kepintaran. 
Sensitif dengan keganasan. Beliau adalah satu pencanggahan, 
Beliau tidak seharusnya wujud – dan itu yang membuatkan beliau istimewa.

Nikmati 25 ungkapan hebat ini.


Bolasepak ala Cantona

1) Saya tidak bermain menentang pasukan tertentu.
    Saya bermain supaya tidak mahu kalah.

2) Saya tidak berminat untuk menang jika saya tidak menikmatinya,
    tapi saya tidak menikmati bolasepak jika saya tak menang.

3) Pemain bolasepak terbaik di dunia adalah seseorang yang dapat mengekalkan
    kebebasan mereka. Mereka berlatih dengan gigih dan sangat bagus secara taktikal, 
   tapi mereka juga meluahkan diri mereka diatas padang… seperti ahli seni.  
   Ambil perkara itu dari mereka dan anda akan mengambil jiwa mereka.
   Tapi ada sedikit sahaja pemain seumpama itu hari ini, tidak seperti dulu. 
   Kini taktik, pengurus, atau pemain pihak lawan menghalang pemain 
   dari meluahkan diri mereka.


4) Ayah saya mengajar saya bahawa tiada yang lebih bodoh daripada
    pemain bolasepak yang berpura-pura menjadi lebih diperlukan daripada bola.

5) Seorang ahli seni dimata saya, adalah seseorang yang dapat menerangkan bilik yang gelap. 
    Saya tidak dan takkan sesekali dapat menemui perbezaan di antara hantaran
    dari Pelé kepada Carlos Alberto dalam final Piala Dunia 1970 dengan
    puisi Rimbaud di saat mudanya. Masing-masing terdapat cara manusia meluahkan
    ungkapan kecantikan yang menyentuh jiwa kita dan memberikan kita perasaan
    yang kekal selamanya.


Tentang Hidup dan Dirinya

6) Mereka yang takut melempar dadu, tidak sesekali akan dapat enam.

7) Bagi saya, saya tidak suka bila ada terlalu banyak gangguan dalam hidup kita. 
    Kita bukan kanak-kanak. Kehidupan kita sendiri adalah dalam tangan kita.

8) Saya perlu memakai pakaian tapi saya tak ingin memberi gambaran tentang
    apakah saya dengan pakaian.


9) Saya tahu saya saya memiliki wajah, penampilan,
    seseorang yang tidak biasa dilihat. Kewujudan.

10) Untuk peranan filem saya seterusnya saya ingin melakonkan watak orang 
    yang sakit jiwa atau orang yang tidak menyenangkan.


Tentang Persaraan dari Bolasepak

11) Saya berhenti bermain bolasepak kerana saya telah lakukan
      seberapa banyak yang saya boleh. Saya memerlukan sesuatu
      yang membangkitkan saya, seperti mana bolasepak yang telah
      memberikan saya keterujaaan.

12) Saya bangga dengan apa yang saya capai, tapi kehidupan yang dibina 
      di atas kenangan adalah tak seberapa dari sebuah kehidupan.
  
13) Sering ada pemain yang hanya mempunyai bolasepak sebagai cara
      untuk mengekspresikan diri dan tidak pernah mengembangkan minat yang lain. 
      Dan bila mereka tidak lagi bermain bolasepak, mereka tidak lagi melakukan apa-apa; 
      mereka tidak lagi wujud, atau lebih tepatnya mereka memiliki sensasi yang tidak lagi wujud.


14) Saya amat berbangga peminat masih menyanyikan nama saya, tapi saya takut 
      mereka akan berhenti. Saya takut kerana saya menyukainya. 
      Dan segala yang kamu suka, kamu takut kamu akan kehilangannya.

15) Jika anda memiliki satu keghairahan dalam hidup – bolasepak – 
      dan anda mengejarnya dengan menyingkirkan semua perkara yang lainnya,
      ia menjadi sangat bahaya. Bila anda berhenti melakukan aktiviti ini,
      seolah-olah anda mati. Kematian aktiviti itu adalah kematian itu sendiri..


Tentang Menjadi Seorang Bangsa Perancis


16) Menjadi orang Perancis, bagi saya, yang paling utama sekali
      adalah menjadi seorang revolusi.

17) Saya tidak menyokong Perancis.
      Saya orang perancis tapi saya tidak berminat dengan Perancis.

18) Ia adalah negara saya tapi saya tidak mahu ambil tahu tentang Perancis  
    saya dilahirkan disana tapi saya merasakan saya orang Inggeris.


Kejadian Tendangan Kungfu

19) Detik terbaik saya? Saya memiliki banyak detik yang bagus 
      tapi yang paling saya suka adalah menendang samseng bolasepak.

20) Kadangkala anda ditenggelami oleh emosi. 
      Saya rasa adalah amat penting untuk meluahkannya – 
      dimana tidak semestinya perlu memukul seseorang.

21) Wartawan: Adakah awak merasa apa-apa penyesalan tentang apa yang 
                        awak lakukan di Stadium Selhurst Park,Crystal Palace?
      Cantona: Ya, saya menyesal tidak menendang dia lebih kuat lagi.

22) Bila burung camar mengikuti bot tunda, itu kerana  
      mereka rasa ikan sardin akan dibuang ke dalam laut.
      (Cantona memberikan kenyataan terkenal ini – merujuk kepada pihak media, mungkin – 
      semasa sidang akhbar berikutan peristiwa di atas)


Tentang Pemain Bolasepak Lainnya

23) Selepas sesi latihan pertama beliau di syurga, George Best, 
      dari sayap kanan kegemarannya, bertukar ketua tuhan 
      yang telah mengisi posisi di bek kiri.

24) Cruyff adalah yang terbaik. Dia seorang pencipta. 
      Dia berada di tengah-tengah sebuah revolusi bersama bolasepak beliau. 
      Ajax mengubah bolasepak dan dia adalah pemimpin di antara semua itu.

25) Deschamps terpilih kerana dia sentiasa memberikan 100 peratus, 
      tapi dia tidak akan pernah menjadi lebih dari sekadar seorang pembawa air. 
      Anda boleh menemui pemain seperti dia di setiap sudut jalan. 
      Ada ketikanya Didier suka berkelakuan seperti rahib dan orang yang bermoral
      tetapi di akhirnya dia akan bergelumang dalam segala jenis perkara tak bermoral.


0 comments:

Post a Comment