Barisan Kesebelasan Utama kedua-dua Pasukan Yang Beraksi Di Final Piala Dunia 2014
Jerman
Neuer – Lahm, Boateng, Hummels, Höwedes – Kramer, Schweinsteiger, Kroos – Müller, Klose, Özil
Jurulatih: Joachim Löw
Neuer – Lahm, Boateng, Hummels, Höwedes – Kramer, Schweinsteiger, Kroos – Müller, Klose, Özil
Jurulatih: Joachim Löw
Argentina
Romero – Zabaleta, DeMichelis, Garay, Rojo – Mascherano, Biglia – Lavezzi, Messi, Perez – Higuain
Jurulatih: Alejandro Sabella.
Gol Gotze Memberikan Jerman Trofi Piala Dunia Ke-4 MerekaRomero – Zabaleta, DeMichelis, Garay, Rojo – Mascherano, Biglia – Lavezzi, Messi, Perez – Higuain
Jurulatih: Alejandro Sabella.
Jerman ditabalkan sebagai Juara Dunia untuk kali ke-4 dan perlu berterima kasih kepada Supersub mereka, Mario Gotze yang menjaringkan gol kemenangan yang menarik.
Argentina telah pun bersedia untuk penentuan sepakan penalti di Maracana, tapi pada minit ke 113, Gotze mendada bola hantaran dari Andre Schurrle dan melepaskan tendangan volley yang menerjah gawang Argentina untuk mencatat kejayaan bersejarah bagi pasukan Jerman.
"Menakjudkan. Pasukan melakukannya dengan indah sekali," kata Manuel Neuer, yang diundi sebagai penjaga gol terbaik kejohanan. "Pada satu ketika kami akan berhenti merayakannya, tapi kami masih akan bangun dengan senyuman."
Ia memerlukan sedikit masa untuk Lionel Messi, Gonzalo Higuain dan Rodrigo Palacio untuk melupakan kekalahan ini. Mereka perlu menyalahkan diri mereka kerana melepaskan beberapa peluang terbaik untuk memberikan Argentina kemenangan yang gemilang di bumi pesaing paling sengit mereka, Brazil.
10 ribu rakyat Argentina membanjiri kota Rio dengan harapan untuk melihat Messi menginspirasi pasukannya untuk kemenangan Piala Dunia ketiga mereka. Ini adalah peluang Messi untuk meletakkan dirinya sebaris dengan idola beliau, Diego Maradona.
"Ini adalah peluang kami, dan kami merasakan sebegitu. Kami tidak dapat melakukannya. Kami perlu mengangkat muka kami dan menelan kepahitannya," Pemain Tengah Argentina Javier Mascherano berkata. "Nyata sekali, kekecewaan yang menyakitkanan. Kami mahukan Piala untuk Argentina."
Tapi tidak seperti edisi 1986, dimana Maradona mengetuai Argentina untuk mencapai kejayaan ke atas pasukan Jerman, ini adalah malam buat pasukan yang bergelar Die Mannschaft itu.
Dan pastinya sedikit sahaja yang akan mempertikai bahawa mereka tidak layak bergelar juara.
Apabila mereka dengan mudahnya mengetepikan Portugal 4-0 dalam perlawanan perbukaan, Jerman dilihat sudah ditakdirkan untuk mengangkat trofi terkenal itu di dalam Stadium Maracana termasyhur ini.
Jaringan Mario Gotze dalam Masa Tambahan mengesahkan Trofi Piala Dunia Ke-4 Jerman
Higuain menyepak sipi pada sudut sukar di awal perlawanan dan Messi mengunakan helahnya untuk membelah pertahanan Jerman, tetapi Bastian Schweinsteiger berjaya melakukan hadangan.
Miroslav Klose begitu hampir untuk menanduk masuk hantaran Philipp Lahm di pihak Jerman.
Higuain kemudiannya terlepas peluang keemasan. Toni Kroos menanduk bola melepasi kesemua barisan pertahanan Jerman dan bola menuju ke arah Higuain, yang melihat bola jatuh tepat di kaki kanannya.
Walaupun berada dua ela di hadapan Mats Hummels yang mengejarnya dari belakang, penyerang Napoli itu menyepak sipi melepasi pintu gol. Jurulatih Argentina Alejandro Sabella tergaman. Pemain gantian Sergio Aguero menumpang malu untuk rakan sepasukannya apabila beliau menarik baju latihan melingkupi kepalanya.
Higuain menyangka dia telah menebus kesilapannya apabila dia menyudahkan hantaran Ezequiel Lavezzi, tetapi dia berkedudukan ofsaid. Christoph Kramer, yang sebelum ini mengalami hentakan di kepalanya, di usung keluar dan digantikan oleh Schurrle.
Separuh masa pertama berakhir dengan penyudahan yang dramatik. Messi menolak bola melepasi Neuer, tetapi Jerome Boateng mengeluarkan bola di garisan gol. Dan tandukan Benedikt Howedes pula terkena tiang hasil dari sepakan sudut Kroos.
Benedikt Howedes paling menjaringkan gol dalam separuh masa pertama dimana tandukannya terkena tiang
Neuer terpaksa kembali kepada peranan sweeper seperti yang dipamerkan beliau ketika menentang Algeria apabila dia keluar ke sebelah kanan kotak penaltinya untuk menumbuk bola jauh Pablo Zabaleta, pada masa yg sama lututnya terkena Higuain. Higuain yang bengang, memegang kepalanya, menuntut sepakan penalti, tapi pengadil melambai tangan untuk meneruskan perlawanan.
Mesut Ozil dan Schurrle kehilangan kawalan bola di dalam kotak penalti ketika pintu gol sudah ternganga.
Ketika jam semakin menghampiri 90 minit, kedua-dua pasukan mula mengambil pendekatan berhati-hati untuk mengurangkan risiko. Walaupun detik ajaib dari Messi telah digagalkan oleh Neuer, yang keluar dari gawangnya untuk menyepak keluar bola selepas kapten Argentina itu melepasi empat pertahanan Jerman.
Dengan hanya berbaki 9 minit lagi, Kroos membuat sepakan rendah yang tersasar, menambahkan lagi kegelisahan pengurus Jerman, Joachim Low.
Karier pemecahan rekod Piala Dunia Klose berakhir apabila dia digantikan dengan Gotze pada minit ke-88. Gotze menyepak lemah ke dakapan penjaga gol, Sergio Romero, dan pelawanan kemudiannya menjadi hambar sehingga pengadil meniup wisel menandakan berakhirnya 90 minit perlawanan.
Sabella cuba untuk menyemarakan semangat anak buahnya dengan kata-kata motivasi sebelum bermulanya masa tambahan, tetapi Jerman hadir dengan lebih kuat lagi.
Argentina hampir ketinggalan apabila Muller menerima hantaran Schurrle, dan dia membuat sepakan kencang yang berjaya dihalang dengan baik oleh Romero.
Argentina kemudiannya memiliki peluang terbaik mereka apabila Hummels gagal untuk mengeluarkan hantaran rutin. Bola jatuh kepada Palacio, tetapi bola lambungannya tersasar.
Aguero menyebabkan pendarahan di bawah mata kanan Schweinsteiger ketika mereka melompat untuk merebut bola di udara. Kemudian hadir detik gemilang yang memberi kemenangan Piala Dunia buat Jerman.
Jerman ditabal Juara Piala Dunia sejak kali terakhir memenangi pada 1990
Dia memecut laju melepasi tiga pemain Argentina di sebelah kiri dan melintangkan bola kepada Gotze, yang mengimbangi bola dengan dadanya dan melepaskan sepakan yang melepasi Romero dari jarak dekat.
Satu jaringan menarik yang layak untuk memenangi apa saja pertandingan. Penyokong Argentina di dalam stadium Maracana terdiam. Perayaan mereka telah dirosakkan.
Tidak lama kemudian, pasukan Jerman berjalan menaiki tangga ke podium untuk melihat kapten Lahm mengangkat trofi keramat yang bersalut emas 18-karat itu dan ruang udara di hujani dengan letusan dan percikan bunga api.
"Sangat menakjudkan betapa kami begitu bekerja keras dan persembahan hebat yang kami pamerkan," Lahm berkata. "Ia merupakan satu perasaan yang luar biasa."
0 comments:
Post a Comment